Followers

Tuesday, November 17, 2009

bingkisan doa

Ya Allah Ya Tuhanku seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku satukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu kekal abadi dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi tetapi Ya Allah Ya Tuhanku seandainya dia bukan ditakdirkan untukku bawalah dia jauh dari pandanganku luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya dan Ya Allah Yang tercinta gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah Ya Tuhanku pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik buat diriku ini kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku di dunia dan juga di akhirat nanti dengarlah permintaan dan rintihan dari hambaMu yang daif ini Ya Allah jangan Engkau biar daku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan beramal soleh supaya diriku dan dirinya sama-sama mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah dan seterusnya Ya Allah dapat membina hidup ini dengan penuh kesejahteraan ke jalan yang Engkau redhai serta kurniakanlah pada kami Ya Allah keturunan yang soleh dan solehah... Amin Ya Rabbal A'lamin

No comments:

Post a Comment