Followers

Saturday, September 24, 2011

andainya awak tau...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabilaperempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

awak..sy xpenah pon mintak awk msg hari-hari tapi klu x msg lgsung dlm mse smggu mmg x ptotla kan?,..sy x kate pon x jumpe lgsung salah tapi at least adela dri takde kan?...sy xpenah kate pon awk msg tu slh tapi kdg2 saje ngade2 terasa ingin dipujuk.lebih kepada nak diberi perhatian je...sy xde niat pon nk nyusahkan hidop awk tapi cre awk ckp tu mcm sy ni bg beban je kat awk...hmm ntahla sy xtau nk kate cmne..yang sy tau artikel kat atas ni same mcm isi hati sy dan sy harap awk tauu...

Monday, September 12, 2011

('',)

Tidak bertemu MATA,,tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI,,tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH,,cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..HEARTY kita ALLAH yang punya,,HEARTY kita ALLAH yang jaga.. berDOAlah,,kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama,,pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..amin

TADAAA!!!

Den maleh nak ceghito banyak..so kamoo layan jela gmbor2 kat bawah nie ha yek..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin =))) last but not least hepy belated bezday to incik MSMJ @.K.@ my incik JTMP..maapler kat sini je lambat.yg sebenarnye dah wish hari tu kan? tapi tu pon x sengaja terlambat sebab x sehat. tu yg tido awal tu..sy x penah lupe birthday awak..semoga panjang umo, murah rezeki, berjaya dunia & akhirat. hadiah? kite sAME-same bukan mata duitan kan..so sy bg kek kat bwh nie jelah :-p
salam sayang dari cik mici ('',)

Sunday, August 28, 2011

moral of da story..

salam alaik'
alhamdulillah da nk msok 2 minggu aku stat keje.akhirnye medikal jua tempatku,huhu..so far so good.everything goes well. maybe lepas raye stat shif kot.hmm ntah yg nyatanye tempatku di medikal 5 tu still tak tetap.xtaula bile baru dapat wad tetap. sepanjang 2 minggu ni ape yang aku blaja yek? cer ingat jap. ha dapat assist IJC 2 kali. prosedur yg len2 hmm same je cam yg penah wat sebelom2 nie. and aku baru tahu ape fungsi stor pusat yg sebenarnye,hahaha..alkisahnye pada satu petang yg hening haritu, KJ mintak aku pegi stor pusat amek barang pakai habis and alat tulis. KJ cakap 'ini penting jugak ni. awk kne tau esok2 da incharge senang'. disebabkan wad tersebut kekurangan staff terpaksala aku pegi sorang. actually aku baru tahu stor pusat tu wujud kat ppukm time nk anta borg utk uniform haritu. bayangkanla 3 tahun blaja kat situ tapi still xtau wujudnye tempat tersebut. memang sesat la time anta borg tuh,hakhak..okes sambung citer tadi balek. KJ bagi 1 borang n dye cakap nanti awak kne mintak cop 2 kali. kire macam 2 pintu masokla sebelum amek brg. and blablablabla tamatlah perbualan kami. then, SN baru yg sorg ni pegila stor tersebut, amek cop n turun tingkat 1 utk amek brg pakai habis tu.(stor pusat tu tingkat 1 & 2) setelah incik kat stor pusat tu letak brg kat troli, 'dik, xcukup ni troli ni.barang banyak lagi ni.' aku pon bingung2 la nk setelkan probs tersebut. then, sorg lagi incik cakap' tepon wadla mintak bantuan.suh diorang bwk troli yg lagi besa.' aku pon tepon n dapat cakap ngn KJ. 'munirah..kan saya ckp td amek cop and alat tulis je kat tingkat 2 tu. pstu baru turun semula ngn SN Olyn utk amek brg pakai habes tu.. eee budak bertuahh niee.......' demmm len kali klu orang bagi penerangan jgn dok berangan yek ^0^
*******************************************************************************
sebenarnye pagi tu pon aku ade alami 1 kejadian. pagi tu aku pegi unit rekod ngan akak PK lynn utk anta and amek oldnotes. ohho ini merupakan kali kedua aku pegi anta oldnotes. first haritu pegi ngan KJ beberapa hari sblom kejadian ni berlaku. aku pkai mask sebab memang dah pkai dari dlm wad and aku mls nk bukak. then, akak PK tuh g anta spesimen jap tinggal aku sorg kat situ. aku berdiri jaoh sikit dari org2 len yg nk amek oldnotes jugak. tetibe, 'heyy staff nurse...apesal u pakai mask dtg kat sini? sini takde kumanla. u tengok sini sume manusia je mane de kuman and blablabla......'(membebel dgn sore yg agakk kuat jugakla). sume org tengok bebb malu giler kott. aku hanye mampu sengih je x mampu kate ape2. dalam ati sumpah pasni klu aku dtg sini takkan pakai mask dah.
p/s tak lame lagi Ramadhan bakal meninggalkan kite sume =( semoga taon depan dpt kite berjumpe lagi Ramadhan kareem..
p/s/s setelah berhempas pulas mencarik akhirnye jumpe jugak baju purple yg sgt cantek. nak sgt wat purple wane sedondon 1 femly hah amek kau payah beno nak mencarinyee. tapi xpela dah jumpe kan. so it's become 2 in 1. for the 2nd baju rye and for the konvo,heheheh

Monday, August 15, 2011

new world

welcome to the new world!! the world of challenging..huhuhuh..akhirnya hari ni tiba jugak.15 ogos 2011.hari pertama lapor diri untuk bekerje..apa perasaan?? hee xtaula nk describe camne. dari pagi smpai lbeh kurang kul 3 juz dengar taklimat je n makk aiii manyaknyee borang nk kene isi..nk dekat 20 helai kot. ngan medical check up, penerimaan jawatan, KWSP n segala bgai la.poning pale den.sampai asyik tercilap2 je isi borang.muke pon dah tebal sebab asyik mintak borang baru je kat puan2 yg uruskan kitorg hari ni. ape daa nmpak sangat x penah isi borang manyak2 cenggini..saba jela,hak3.dah isi kene uruskan plak medical check up, fotostat i/c sume. n tadi ingat nk g wat check up terus(uhhh sangat3 tak shuke coz nti abesla sel2 sy mati time x-ray nanti tp terpaksa wat jugak). ingat senangla esk2 xyah pk dah tp ble smpai je Klinik Warga tu..woww!! manyaknyee baju pinkkk...hihik separuh klinik penuh ngan dak kelas je. so x jadi la wat.then aku ngan ikah terus je g kat pesuruhjaya sumpah coz ade 2 borang yg kne setelkan kat situ. gambar ngn ic copy ermm later la..habes tu g la jamu mate kat bazar yg kat JPJ tuh tapi x beli hape pon,heheh. nak lepas windu kat bazar stadium sebenarnya tapi ujan so x dapatla pegi. last2 balek cenggitu je. buang mase di bulan puasa =p..okess sebut pasal keje tadi, betol ke aku dah keje nie?? aish still ade cam rase x caye lg sikit2..tadi pon time dengar taklimat tuh hampir sume puan-puan n encik yg bg taklimat tu tnye 'dah sedia ke sume ni nk bekerja?' (aku lupe ayat sebenar tapi lebih kurgla bunyi dye)..aish takot je nak bersuara. jap ce cubit tangan sikit. ouchh caket! owh betolla aku dah kje. so kembalila ke alam nyata ea cik mun..sila didihkan otak anda kembali!
p/s esok dengar taklimat dari Jabatan Pengurusan Kejuruwatan plak. interview plak selasa depan. xtaula bile dapat tau akan ditempatkan kat wad mane.semoga esok lebih baik dari hari ni.

Saturday, August 13, 2011

harapan

suara dengarkanlah aku.. apakah khabarnya pujaan hatiku.. aku di sini menunggunya.. masih berharap di dalam hatinya~~
okeh sesungguhnya memang sy sangat berharap. berharap dapat memiliki sumtin yg dh lme menjadi idaman hati,wuwuwu..oh kamera ku syg.. ble la aku akan dapat miliki ko kn,huk3..camano nih? tarikh konvo makin hari dah makin dekat tapi kamera still xde lg..risau takot x dapat wat hobi aku yg satu tuh..hobi yg mane? ala hobi yg wajib tuh..posing..sedihla,huk3. bole tak pegi request kat kedai gune dulu bayar kemudian.bulan depan dapat gaji saya bayarla tauke.ahaks bahagianye klo dapat wat macam tuh.atau ada sape2 nak belanja? waah lagi bahagia tak tido malam aku,hakhak..paling kurang dapat orang yg sudi belikan dulu pon xpe.nanti aku ade duit aku bayarlah balek.bole tak?? geram nk mintak ma belikan tapi..nanti adik2 xdapat baju raye plak.uhh lagila sedih cenggini =(( bgtau orang tuh pon dye pegi gelakkan kite plak.ish.
till then berharap n terus berharap...nak yg pink tuh =( oke i noe i agak ketinggalan.org dh pakai DSLR aku br terkedek-kedek nk gune digital kamera biase tapi ade aku kesah??
p/s adek aku exam esok.GUD LUCK!! jawab molek deh Tah! baco soalan slow2.laju2 kea x pehe plop.mu punyo BI doh la kureng sikit dri ore,hahah.pointer molek ore belanjo la mu gapo2 =p
p/s/s tadi bukak pose kat uma sepupu.ni mggu kedua utk taon ni ktorg bukak pose reramai2. besh3!! lps buke men niaga2 plak.abes borong kerongsang yg abg G jual,hahah.sampai rm31 engkau!tapi harge borongla.sepupu kan,ahaks.esok kat uma mak cik plak.here I come Penara,tehehe

Friday, August 12, 2011

REaLiti iNSan

Ku layangkan segala anganku Kulepaskan semua hayalan jiwaku Berpijak di bumi yang satu Memandang tinggi di langit biru Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku raih Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin menggapai cita dan cinta Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku raih Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin menggapai cita dan cinta Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku rai Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin memgapai cita dan cinta Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
p/s: I juz luv this lirik.sangat bermakna.bole jadikan panduan hidup kan?

Friday, August 5, 2011

kesentapan

hati manusia mudah berubah tetapi kenapa perlu menipu? terus terang lg baik kan? bukankah mengetahui sesuatu kebenaran itu sangat pahit dan lebih pahit jika kebenaran tersebut tidak kita ketahui.. argghh.. it's happen.. again n again n again.. memang nasib akan 'baik' je kot.. but till then? dunno.. lemahla bila fikir pasal tuh.. napela aku ni mudah sangat terfikir benda yg x patot difikir.. huwaaaa rindu sangat dulu2 :'-(
*5 RAMADHAN 1432H*
salam Ramadhan al-mubarak

Sunday, July 10, 2011

baby and kek coklat

amacam?? tergolak bosar bapak baby nie ble aku tanye, "ct ade rupe macam mak baru x abg rosman?" hakhak suke betol ngenakan aku yea..takpela takde rupe pon. practice make perfect kan..lepas nie makin banyakler baby org aku pegang kunk,hihih.. selamat tiba kat dunia wahai adeq cumil. cumil sangat kamoo. ase cam nk cubit2 manje jerk. macam nk bawak balek pon ade jugak tapi apelah daya diri ini. hakhak anak org nie weh xkn sesuke hati nk angkut bawak balek kan.. okies, baby yg putih dan sangat cumil ini diberi nama seperti yg tertera di atas dan selamat tibe kat dunia pd 5/7/2011 @ 7pm. actually, baby nie anak sepupu aku. aku xtaula org panggil ape. yg aku tau mama baby ni sepupu aku. so aku ngn die jd camne ek? anak sepupu ke anak saudara sepupu? em lantakler hape pon. dah jadi mak cik dah aku nih. inila yg bapak2 anak sepupu aku selalu cakap. gasakler ape pon wahai abang-abang sepupuku. yg pastinye aku takmo jadi mak cik baby nie and anak sepupu aku yg len. aku nk jadi kakak diorg sahaje. bole kan?? :-p ok sambung citer pasal baby nie. papa dye offer aku jadi baby sitter dye la.waahhh...sy suke aje klu betol nk bagi. memang tengah takde keje pon skunk ni. dok uma makan, tido, on9 jela. fuluss dye takpela kire adik-beradik je ek? :-p
..................................~hahahah (takde motif)~...........................
okeh kite citer pasal lain pulak. nie la percubaan pertama aku buat kek coklat..wahahaha jadi tak? jadi tak? ish3 tu pon nk heboh. orang lain dah lame dah pandai buat. da la buat gune tepung kek yg segera punye jerk,hakhak..tak mencabar langsung kan? siyes.. sampai aku tercakap kat mak, "tak mencabar langsung la buat kek gune tepung segera gini. lain kali nak try buat yg betol2 punyela. buh sendiri tepung, coklat, gula and sume2." mak aku selambe jerk jawab, "elleh buat yg ni dulu. klu yg nie pon x jadi camne nk wat yg gituh?" hahahah amek kau. bez2 punye kene perli. takpe2 esok2 kite cube wat yg gitu pulak. time birhtday abah minggu depan ke? kan2? sume orang kene makan eh klu x jadi pon...
budak hepy sebab dapat ABC special~lalala~

Thursday, July 7, 2011

nothing

...Aku bukan sesuatu yg berharga untuk dimiliki, aku juga bukan seorang yg smpurna utk dicintai tapi aku punya sejuta ketulusan dan kejujuran yg hanya akan ku berikan pada seorang yg menyayangiku sejujur dan seikhlasnya...

♥ ♥

motif: jiwang sorang-sorang :'(

Saturday, July 2, 2011

MeNgApe hAwA diCipTakan SeWakTu AdAm tErtIdUr

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ♥ ♥ ♥